1.0 Pendahuluan
Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Meru 2 telah ditubuhkan pada tahun 2010. Penubuhan sudut ini bertujuan memenuhi keperluan yang mendapati kawasan Meru sebagai salah satu kawasan berisiko tinggi dari sudut gejala penagihan najis dadah.
Dengan wujudnya sudut ini, usaha menyalurkan maklumat yang tepat tentang gejala penagihan najis dadah dapat dilaksanakan kepada generasi muda di kawasan ini, iaitu para pelajar sekolah.
Walau bagaimanapun, penubuhan sudut ini perlu dirancang dengan baik agar sudut ini dapat berfungsi secara optimum. Pelbagai aspek perlu diperhalusi agar setiap perkara yang terkandung di dalam sudut ini akan mencapai matlamat penubuhannya iaitu kearah melahirkan generasi sekolah dan masyarakat di kawasan Meru ini berpengetahuan dan bebas dadah.

Sehubungan dengan itu, pada tahun 2016 , Unit PPDa menambahbaik sudut kepada laluan bagi memberikan impak yang maksima dan keberkesanan pencegahan kepada warga SK Meru 2.
Tahun 2016 yang berlalu meninggalkan kenangan yang pelbagai bagi unit PPDa SK Meru 2. Laluan PPDa pada tahun 2017 dikemaskini dan terdapat perubahan dilaksanakan di setiap laluan dan sudut PPDa. Konsep laluan yang bersifat Warna Warni Kehidupan mengisahkan perjalanan kehidupan manusia yang bersifat memilih antara bahagia atau sengsara dalam hidup. Pendidikan dalam pengalaman hidup sebenarnya telah banyak mengajar kita untuk mencari kebahagiaan dalam hidup.
2.0 Kandungan Laluan PPDa, SK Meru 2
Laluan ini mengandungi beberapa sudut penyaluran maklumat gejala najis dadah. alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV AIDS, iaitu :
2.1 Laluan Golden Rectangle (Stesyen Anti Dadah dan Anti Rokok)
Laluan ini diberi nama bersempena bentuk laluan segiempat yang merupakan laluan utama kepada murid-murid. Pada tahun 2016, laluan ini menghimpunkan semua maklumat berkaitan DARVIH. Walau bagaimanapun, berlaku perubahan pada tahun 2017 dan laluan ini hanya mengandungi stesyen berkaitan anti dadah dan anti alkohol. Setiap beam masih diletakkan banner bagi setiap stesyen DARVIH. Bunting juga dipamerkan pada tiang-tiang di laluan. Maklumat dadah dan alkohol diletakkan pada jaring-jaring yang menunjukkan kreativiti guru-guru.
2.2 Sudut Sumber PPDa
Sudut Sumber PPDa ditambah baik pada tahun 2017 dengan mempamerkan maklumat utama PPDa seperti Visi, Misi PPDa, jawatankuasa dan carta organisasi PPDa. Sudut di Bilik Kaunseling ini berfungsi menyalurkan maklumat melalui media cetak seperti jurnal, buku-buku teks, pamplet yang menerangkan tentang najis dadah, bahan hasilan pelajar seperti folio, buku skrap dan poster.
2.3 Sudut Kreativiti dan Permainan
Sudut yang terletak dibahagian belakang pentas mempamerkan hasil lukisan murid-murid. Sudut ini juga merupakan tumpuan murid-murid untuk menjalankan aktiviti permainan seperti sahibba, congkak, puzzle dan saidina. Di samping mengalami pelbagai perubahan, sudut ini ditambahbaik dengan mempamerkan isu-isu semasa berkaitan aktiviti PPDa sepanjang tahun.
2.4 Laluan Mutiara Kata
Laluan ini memberi peluang semua pentadbir berkongsi ucapan sama ada berupa kata-kata hikmat atau pantun.
2.5 Laluan Informasi (Stesyen Anti Rokok, Anti Vape, Anti Inhalan dan Anti HIV AIDS)
Laluan ini mempamerkan Akta, model dan informasi berkaitan. Laluan yang berwarna warna menarik perhatian pengunjung disamping dihiasi dengan hiasan yang informasi.
2.6 Simpang 2
Simpang 2 memisahkan antara laluan bahagia dan laluan sengsara.
2.7 Laluan Bahagia
2.8 Laluan Gelap
2.9 Laluan Ceria

No comments:
Post a Comment