VISI
SEKOLAH BEBAS DADAH
MISI
Melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada pengaruh dadah.
MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran
'Sekolah Bebas Dadah'.
OBJEKTIF
OBJEKTIF
- Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) kepada warga SK Meru 2.
- Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan murid dari segi fizikal, emosi mental dan rohani.
- Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dalam usaha mencegah dadah.
- Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
No comments:
Post a Comment