Monday, September 20, 2010
Wednesday, September 1, 2010
Warga SK Meru 2 dan PPDa
Friday, July 23, 2010
Program Kecemerlangan Intelek Murid (INTIM)
Pada 23 Julai 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Meru 2 dengan kerjasama Agensi AntiDadah Kebangsaan Daerah Klang telah mengadakan Program Kecemerlangan Intelek Murid (INTIM). Klik di sini untuk melihat gambar-gambar sekitar program tersebut.
Saturday, July 3, 2010
Akibat Pengambilan Dadah
Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-
* akibat keatas penagih
* akibat keatas keluarga penagih
* akibat keatas masyarakat dan
* akibat keatas negara
Akibat Ke Atas Penagih
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkah laku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
Akibat Ke Atas Keluarga Penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan peceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.
Akibat Ke Atas Masyarakat
Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih–penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.
Akibat Ke Atas Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible) dan kos tidak nyata(intangible). Kos nyata termasuklah:-
* Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
* Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
* Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
* Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
* Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
* Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.

Thursday, July 1, 2010
Tanda-tanda dan Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:
* Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
* Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
* Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
* Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
* Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki.
* Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
* Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
* Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
* Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
* Selalu mengunjungi tempat-tampat terpencil tanpa sebab.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus terang kepada diri yang berkaitan atau merujuknya kepada pakar-pakar perubatan.

Tuesday, March 30, 2010
Minggu Pencegahan Rokok dan Dadah SK Meru 2
Sebagai menyokong Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Minggu Pencegahan Rokok dan Dadah kepada semua warga SK Meru 2 pada 29 Mac hingga 2 April 2010. Untuk lebih lanjut, klik pautan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Lawatan Penanda Aras SK Sementa
Tarikh: 27 Februari 2019 Hari: Rabu Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari Pelawat: Guru Besar dan 12 orang guru SK Sementa Sesi b...
-
Demonstrasi Pertunjukan Anjing Pengesan K9 Tarikh: 6 Julai 2018 Hari: Jumaat Masa: Tempat: Dataran Cendekiawan Kerjasama...
-
Tarikh: 25 Januari 2017 Hari: Selasa Masa: 10.30 pagi - 1.00 tengah hari Peserta: PK HEM dan 12 orang AJK PPDa SK Meru (2) Objekt...