Monday, November 12, 2018

Penghargaan kepada Skuad PPDa dan Kumpulan Persembahan

Unit PPDa mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada skuad PPDa dan peserta-peserta persembahan kerana telah memberikan khidmat yang sangat baik sebelum dan semasa Majlis Penarafan Laluan PPDa Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 8 Oktober 2018. 

Sekalung penghargaan kepada skuad PPDa yang terlibat:
Skuad Miza Hannani Aiman
Skuad Farah Izzati
Skuad Nurul Afiqah

Skuad Nayli Athirah
Skuad Abid El-Mursyidi
Skuad Ahmad Uzayry
Skuad Safiyya
Skuad Rania Aisya
Skuad Nur Qistina Zahirah
Skuad Muhd Saifuddin Amri
Skuad Noreilhan
PK HEM turut serta dalam jamuan ringkas meraikan skuad PPDa

Sekalung penghargaan kepada kumpulan persembahan yang terlibat: 
Ketua persembahan coracircle

Ketua persembahan mini koir

Ketua persembahan nasyid

Ketua persembahan pentomen

Ketua persembahan senam sihat
Terima kasih atas khidmat dan sumbangan anda!

Wednesday, October 10, 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid & Kokurikulum Sekolah-Sekolah Daerah Klang 2018

Alhamdulillah.
Tahniah dan syabas kepada semua warga SK Meru (2) atas kecemerlangan PPDa di peringkat daerah Klang dengan memenangi Johan untuk Anugerah Pengurusan PPDa Cemerlang dan Johan untuk Anugerah Laluan / Sudut PPDa Cemerlang bagi kategori Sekolah Rendah.

Semoga dengan kejayaan ini akan menyuntik lagi semangat untuk terus mencapai dan melaksanakan usaha membanteras DARVIH.


Guru Besar, En Mohd Nizam bin Mohamad Iksan menerima anugerah daripada Pn Hajah Adliyah bagi kategori Laluan / Sudut PPDa Cemerlang


Guru Besar, En Mohd Nizam bin Mohamad Iksan menerima anugerah daripada Pn Hajah Adliyah bagi kategori Pengurusan PPDa Cemerlang


Thursday, September 13, 2018

Pembentangan Powerpoint dan Video Kebangsaan (Penilaian JPNS kali 1)

Tarikh: 13 September 2018
Hari: Khamis
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat, SK Meru (2)

Pembimbing/Penilai:    1. Tn Haji Mohd Ghazali bin Haji Anuar (Penolong Pengarah Unit PPDa JPNS)
                                  2. En Idrus bin Hassan (Penyelia PPDa PPD Kuala Selangor)

Pembentang:               1. Pn Farahzila bt Yaakop
                                  2. Pn Nadiah @ Anis Nadiah bt Kusairi
                           
Tn Haji Ghazali mencadangkan penambahbaikan dan skor bagi setiap elemen penilaian.
Perbincangan berkaitan Pelan Lantai Laluan PPDa
Tn Hj Ghazali mencadangkan penambahbaikan pada elemen tertentu.
Suasana di Bilik Mesyuarat




Thursday, September 6, 2018

Bengkel Pembinaan Powerpoint PPDa Peringkat Kebangsaan bersama JPN Selangor

Tarikh: 6 September 2018
Hari: Khamis
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bilik Vle Frog, SK Meru (2)

Pembimbing: 1. Tn Haji Mohd Ghazali bin Haji Anuar (Penolong Pengarah Unit PPDa JPNS)
                       2. En Mohd Faishal bin Othman (Penyelia Kanan Unit PPDa JPNS)
                       3. En Idrus bin Hassan (Penyelia PPDa PPD Kuala Selangor)

Peserta Bengkel: 1. Pn Farahzila bt Yaakop
                            2. Pn Norsharizan bt Mohamad Azmi
                            3. Pn Nurul Shafinah bt Sarbini
                            4. Pn Nadiah @ Anis Nadiah bt Kusairi
                            5. Pn Fauzana Faeez bt Yusri


Suasana bengkel yang dipantau oleh Tn Haji Ghazali
Ceria dalam stres =)
Pn Nurul dan Pn Fauzana mendapatkan bimbingan En Mohd Faishal
Komited dengan tugasan 
En Idrus dan En Mohd Faishal turut sama membantu dalam penghasilan powerpoint Elemen 7



Tuesday, September 4, 2018

Bengkel Khidmat Bantu Bilik dan Laluan Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2018

Tarikh: 4 September 2018
Hari: Selasa
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, SK Meru (2)

Pembimbing: 1. En Mohd Idrus bin Haji Arifin (Pen Pengarah Kanan JPNS)
                    2. Tn Haji Mohd Ghazali bin Haji Anuar (Penolong Pengarah Unit PPDa JPNS)
                   
Sekolah yang terlibat:  1. SMK (P) Kapar (Kategori Bilik Sumber PPDa SM)
                                  2. SMK Jalan Bukit, Kajang  (Kategori Laluan PPDa SM)
                                  3. SK Lubuk Pusing, Sungai Besar (Kategori Bilik Sumber PPDa SR)
                                  4. SK Meru (2) (Kategori Laluan PPDa SR)
                           
Ucapan Alu-aluan disampaikan oleh PK HEM SK Meru (2)
Hadirin yang hadir


Tuesday, August 14, 2018

Analisa Keputusan Kajian Tindakan


KEPUTUSAN KAJIAN TINDAKAN UNTUK MENGETAHUI TAHAP PENGETAHUAN DAN PEMBABITAN BERKAITAN ROKOK DALAM KALANGAN MURID LELAKI TAHUN 5 DAN 6 DI SK MERU (2)

BAHAGIAN  A : PENGETAHUAN AM BERKAITAN ROKOK

 Graf 1: Pengetahuan Am Berkaitan Rokok.
Berdasarkan Graf 1, seramai 138 responden atau 93% murid bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan tentang rokok. Begitu juga dengan pernyataan mengenai bahaya merokok, 98% murid tahu bahaya jika menghisap rokok kepada diri mereka. Bagi pernyataan yang ketiga iaitu tahu bahaya merokok kepada orang lain, menunjukkan 94% murid mengaku mengetahui bahaya rokok pada orang lain. Pernyataan keempat pula menunjukkan 134 orang atau 91% murid selalu diingatkan oleh guru atau ibu bapa tentang bahaya rokok. Analisis pernyataan yang terakhir mengenai mengenali beberapa jenis rokok dimana 100 orang atau 66% daripada 148 responden yang mengenali bebarapa jenis rokok berbanding 34% murid tidak mengenali beberapa jenis rokok. Kesimpulannya, para pelajar mempunyai pengetahuan am berkaitan rokok.

BAHAGIAN B : PENGARUH ROKOK 
Graf 2: Pengaruh Rokok
Rajah 2 menunjukkan graf berkaitan pengaruh rokok kepada 148 murid lelaki di SK Meru (2). Berdasarkan graf diatas seramai 22% murid pernah ingin mencuba untuk menghisap rokok berbanding 78% yang lain tidak pernah ingin mencuba untuk menghisap rokok. Bagi penyataan kedua iaitu saya pernah cuba menghisap rokok terdapat 22 atau 15% orang murid yang pernah cuba menghisap rokok berbanding 126 responden lain yang tidak pernah cuba menghisap rokok. Agak menyedihkan apabila terdapat 22 orang murid ataupun 15% responden pernah menghisap rokok bagi penyataan ketiga. 126 orang responden ataupun 85% murid tidak pernah menghisap rokok. Penyataan terakhir iaitu saya memang seorang perokok menunjukkan 99% responden tidak menyatakan mereka seorang perokok.
BAHAGIAN C : KUANTITI ROKOK 
Graf 3:  Kuantiti Rokok
Terdapat empat instrumen yang dikaji. Bagi kenyataan satu iaitu saya pernah menghisap rokok, data menunjukkan seorang murid atau 15% responden pernah menghisap rokok berbanding 85% tidak pernah menghisap rokok. 95% responden menyatakan tidak pernah menghisap 2 hingga 5 batang rokok . Adalah agak mendukacitakan apabila 3% murid pernah menghisap 6-10 batang rokok manakala 2% murid pernah menghisap lebih 11 batang rokok. 

 BAHAGIAN D : PERSEPSI BERKAITAN ROKOK 
Graf 4 : Persepsi Berkaitan Rokok
Rajah 4 menunjukkan bahagian D iaitu persepsi berkaitan rokok. Terdapat 3 instrumen yang dijalankan. Kenyataan satu iaitu bagi saya rokok amat mudah dibeli menunjukkan 42 orang murid atau 28% responden bersetuju dengan kenyataan tersebut berbanding 72% yang tidak bersetuju. Amat mendukacitakan apabila 1 responden bersetuju dengan kenyataan bahawa rokok sangat penting berbanding 147 responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Kenyataan terakhir iaitu saya benci kepada orang yang merokok pula menunjukkan terdapat 107 orang murid atau 72% responden bersetuju dan selebihnya iaitu 28% responden tidak bersetuju dengan kenyataan saya benci kepada orang yang merokok.

Wednesday, August 8, 2018

Khidmat Bantu Murid di Laluan Anti DARVIH

Pengawas Sukan Tahun 6 membantu membangunkan Stesen Anti Dadah

Murid-murid beruniform membantu membina Stesen Anti Arak
Pengawas Sukan Tahun 6  membantu membina Stesen Anti Dadah

Murid-murid membantu membangunkan Stesen Anti Inhalan

Murid-murid kelas 6 Unggul membantu guru membangunkan Stesen Anti HIV AIDS

Sudut PPDa dalam Kelas

Sudut PPDa

Tahniah kepada guru-guru kelas dan murid-murid yang telah berjaya mewujudkan Sudut PPDa di dalam kelas. 
Pertandingan Sudut PPDa masih dijalankan. 
Anda terbaik!









Lawatan Penanda Aras SK Sementa

Tarikh: 27 Februari 2019 Hari: Rabu Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari Pelawat: Guru Besar dan 12 orang guru SK Sementa  Sesi b...