Wednesday, July 25, 2018

Penyertaan Skuad ke Pertandingan Membina Bahan Hiasan Berinformasi di Karnival PPDa Daerah

Tarikh: 25 Julai 2018
Hari: Rabu
Tempat: SK Pelabuhan Utara 

Objektif:

1. Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat tentang bahaya dadah dan rokok.
2. Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada di kalangan murid ke arah perkembangan yang lebih positif serta dapat menghindari diri dari bahaya dadah.

Syarat-syarat Pertandingan Membina Hiasan Berinformasi:

1. Terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 4-6 sahaja)
2. Diwakili oleh 3 orang murid dengan seorang guru pengiring.
3. Hasil rekaan adalah milik peserta.
4. Rekaan adalah merupakan permainan/bahan pembelajaran/pameran yang mewakili salah satu DARVIH
5. Setiap penyertaan tidak boleh mencampuradukkan DARVIH.
6. Bahan rekaan bersifat mobile dan mudah alih.

Skuad Lutfi Nabil, Irfan Yusrisyah dan Afiq Syahmi dengan gaya tersendiri 
Sesi penghakiman berlangsung
Walaupun kurang bernasib baik.. kita makan dulu sebelum pulang (^_^)
Persediaan bahan sebelum hari pertandingan









Sunday, July 22, 2018

Program Kolaborasi Pemimpin Sahabat PPDa

Program Kolaborasi Pemimpin Sahabat PPDa 
Tarikh: 21 Julai 2018
Masa: 10.00 am - 1.00 pm
Tempat: Dewan Semarak Ilmu, SK Meru (2)

Objektif:
1. Peserta mendapat maklumat berkaitan bahaya DARVIH
2. . Peserta mendapat kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya DARVIH.
3. Peserta mendapat latihan menjadi agen / pencetus / penyampai maklumat kepada rakan dan keluarga tentang bahaya DARVIH
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan murid-murid dari sekolah lain.

Sesi pendaftaran oleh wakil guru PPDa dan Pengawas PPDa SK Sungai Binjai

Ucapan aluan oleh PK HEM, Tn Haji Nasruddin b Mahali

Sesi pembentangan dalam kumpulan

Aktiviti dalam stesen

Bacaan doa oleh adik Lutfi Nabil

Saturday, July 21, 2018

Gotong Royong Laluan PPDa bersama Kolej Komuniti

Gotong-Royong Laluan PPDa bersama Kolej Komuniti
Tarikh: 7 Julai 2018
Tempat: Laluan PPDa dan kawasan sekitar sekolah
Anjuran: Unit PPDa
Dengan Kerjasama: PIBG dan Kolej Komuniti

Objektif:
1. Menambakbaik Laluan PPDa sedia ada.
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SK Meru (2), ahli PIBG dan pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti.
3. Membuat sebaran PPDa kepada komuniti.


Sesi penyampaian cenderamata oleh YDP PIBG kepada wakil Kolej Komuniti, Pn Fairuz

Pelajar Kolej Komuniti mewarna mural pada dinding laluan.

Ahli-ahli skuad PPDa membantu membangunkan laluan di Laman Gerbang

Aktiviti bercucuk tanam


Mr AJ bersama kumpulan Cikgu Yatim menyusun batu bata.

Wakil bapa mengecat semula kawasan parking guru



Aktiviti mengecat.




The picture ever!









Friday, July 20, 2018

Lawatan Penanda Aras Unit Fail SK Meru (2) ke SK Dato Maharaja Lela

Tarikh: 20 Julai 2018
Hari: Jumaat
Masa: 2.30 - 4.30 petang
Peserta: 4 orang AJK Fail PPDa SK Meru (2)

Objektif:
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan fail pertandingan PPDa.

Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami ('',)
Menjamu selera


Lawatan Penanda Aras Unit Fail PPDa ke SK Dato Maharaja Lela





Tuesday, July 17, 2018

Ceria bersama AJK Fail & Laluan PPDa

Walaupun sedang sibuk membangunkan laluan dan menyediakan fail, guru-guru tetap sporting memberikan senyuman istimewa untuk tatapan semua.
Moga Allah mudahkan semua urusan cikgu.
Terima kasih cikgu!





Monday, July 16, 2018

Perkhemahan Perdana

Perkhemahan Perdana
Tarikh: 13 - 15 Julai 2018
Tempat: Taman Eko Rimba, Cameron Highland

Objektif:
1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2. Melatih peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasan semulajadi yang kondusif.
5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan berakhlak dan bermoral.
7. Memberi pengalaman dan ilmu secara langsung atau tidak kepada murid melalui aktiviti yang dilaksanakan termasuk lawatan sekitar Cameron Highlands.
8. Melahirkan murid yang berdikari melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.
9. Melahirkan murid yang mempunyai katahanan dan jati diri dan berani dalam setiap lapangan kehidupan.
























Lawatan Penanda Aras SK Sementa

Tarikh: 27 Februari 2019 Hari: Rabu Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari Pelawat: Guru Besar dan 12 orang guru SK Sementa  Sesi b...