Tuesday, August 14, 2018

Analisa Keputusan Kajian Tindakan


KEPUTUSAN KAJIAN TINDAKAN UNTUK MENGETAHUI TAHAP PENGETAHUAN DAN PEMBABITAN BERKAITAN ROKOK DALAM KALANGAN MURID LELAKI TAHUN 5 DAN 6 DI SK MERU (2)

BAHAGIAN  A : PENGETAHUAN AM BERKAITAN ROKOK

 Graf 1: Pengetahuan Am Berkaitan Rokok.
Berdasarkan Graf 1, seramai 138 responden atau 93% murid bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan tentang rokok. Begitu juga dengan pernyataan mengenai bahaya merokok, 98% murid tahu bahaya jika menghisap rokok kepada diri mereka. Bagi pernyataan yang ketiga iaitu tahu bahaya merokok kepada orang lain, menunjukkan 94% murid mengaku mengetahui bahaya rokok pada orang lain. Pernyataan keempat pula menunjukkan 134 orang atau 91% murid selalu diingatkan oleh guru atau ibu bapa tentang bahaya rokok. Analisis pernyataan yang terakhir mengenai mengenali beberapa jenis rokok dimana 100 orang atau 66% daripada 148 responden yang mengenali bebarapa jenis rokok berbanding 34% murid tidak mengenali beberapa jenis rokok. Kesimpulannya, para pelajar mempunyai pengetahuan am berkaitan rokok.

BAHAGIAN B : PENGARUH ROKOK 
Graf 2: Pengaruh Rokok
Rajah 2 menunjukkan graf berkaitan pengaruh rokok kepada 148 murid lelaki di SK Meru (2). Berdasarkan graf diatas seramai 22% murid pernah ingin mencuba untuk menghisap rokok berbanding 78% yang lain tidak pernah ingin mencuba untuk menghisap rokok. Bagi penyataan kedua iaitu saya pernah cuba menghisap rokok terdapat 22 atau 15% orang murid yang pernah cuba menghisap rokok berbanding 126 responden lain yang tidak pernah cuba menghisap rokok. Agak menyedihkan apabila terdapat 22 orang murid ataupun 15% responden pernah menghisap rokok bagi penyataan ketiga. 126 orang responden ataupun 85% murid tidak pernah menghisap rokok. Penyataan terakhir iaitu saya memang seorang perokok menunjukkan 99% responden tidak menyatakan mereka seorang perokok.
BAHAGIAN C : KUANTITI ROKOK 
Graf 3:  Kuantiti Rokok
Terdapat empat instrumen yang dikaji. Bagi kenyataan satu iaitu saya pernah menghisap rokok, data menunjukkan seorang murid atau 15% responden pernah menghisap rokok berbanding 85% tidak pernah menghisap rokok. 95% responden menyatakan tidak pernah menghisap 2 hingga 5 batang rokok . Adalah agak mendukacitakan apabila 3% murid pernah menghisap 6-10 batang rokok manakala 2% murid pernah menghisap lebih 11 batang rokok. 

 BAHAGIAN D : PERSEPSI BERKAITAN ROKOK 
Graf 4 : Persepsi Berkaitan Rokok
Rajah 4 menunjukkan bahagian D iaitu persepsi berkaitan rokok. Terdapat 3 instrumen yang dijalankan. Kenyataan satu iaitu bagi saya rokok amat mudah dibeli menunjukkan 42 orang murid atau 28% responden bersetuju dengan kenyataan tersebut berbanding 72% yang tidak bersetuju. Amat mendukacitakan apabila 1 responden bersetuju dengan kenyataan bahawa rokok sangat penting berbanding 147 responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Kenyataan terakhir iaitu saya benci kepada orang yang merokok pula menunjukkan terdapat 107 orang murid atau 72% responden bersetuju dan selebihnya iaitu 28% responden tidak bersetuju dengan kenyataan saya benci kepada orang yang merokok.

Wednesday, August 8, 2018

Khidmat Bantu Murid di Laluan Anti DARVIH

Pengawas Sukan Tahun 6 membantu membangunkan Stesen Anti Dadah

Murid-murid beruniform membantu membina Stesen Anti Arak
Pengawas Sukan Tahun 6  membantu membina Stesen Anti Dadah

Murid-murid membantu membangunkan Stesen Anti Inhalan

Murid-murid kelas 6 Unggul membantu guru membangunkan Stesen Anti HIV AIDS

Sudut PPDa dalam Kelas

Sudut PPDa

Tahniah kepada guru-guru kelas dan murid-murid yang telah berjaya mewujudkan Sudut PPDa di dalam kelas. 
Pertandingan Sudut PPDa masih dijalankan. 
Anda terbaik!









Friday, August 3, 2018

Bersih Rohani Tanpa DARVIH

Program Bersih Rohani Tanpa DARVIH

Tarikh: Jumaat Pertama Setiap Bulan
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam

Objektif:
1. Meningkatkan nilai kerohanian dalam diri setiap murid dan guru.
2. Menanam rasa cinta kepada ayat-ayat suci Al-Quran.
3. Mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
4. Merapatkan hubungan silaturrahim antara warga SK Meru (2)









Lawatan Penanda Aras SK Sementa

Tarikh: 27 Februari 2019 Hari: Rabu Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari Pelawat: Guru Besar dan 12 orang guru SK Sementa  Sesi b...