INFO DADAH
1.1 Definasi Dadah
Dadah atau “drug” adalah bahan kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan “DRUG” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “USE”,“MISUSE” atau “ABUSE” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Terdapat empat sebab anda boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah seperti, keperluan kewangan yang terdesak, tawaran kewangan yang lumayan , hadiah melancong ke luar negara dan ditipu/terpedaya dengan kekasih/teman.
1.2 Dadah Dan Ciri-Cirinya
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri:
-Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang )
-Penggunaannya adalah dilarang jika bukan untuk tujuan perubatan
-Diperolehi secara haram
-Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
- Mendatangkan kesan-kesan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial
1.3 Jenis-Jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu:
DADAH
|
JENIS-JENIS
|
Opiat
|
Heroin, Morfin, Candu, Kodien, Methadone
|
Despresen
|
Barbiturat(danbukanbabiturat) ,Tranquilizer
|
Stimulan
|
Amfetamin, Kokain, Pil Kuda, Ice, Kristal , Ecstacy
|
Halusinogen
|
Lysegic Acid Diethylamide (LSD ),Ketamin , Meskalin , Psilosibin
|
Kanabis
|
Ganja , Hashish
|
( Sumber : Modul & Kaunseling Penyalahgunaan Dadah (2007) )
1.4 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
1.4.1 KESAN KEPADA PENAGIH
-Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih , penagih dan penjenayah
-Tidak bertanggung jawab kepada persekolahan dan prestasi kerja .
-Dari segi fizikal , penagih akan menjadi kurus , lemah tenaga , malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
-Pitam , pengsan dan bekelakuan ganas .
- Daya tahan penyakit akan berkurangan dan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi , hepatits, tibi , HIV/AIDS dan maut .
1.4.2KESAN KEPADA KELUARGA
-Menjatuhkan maruah dan nama baik kerluarga.
-Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya
-Rumah tangga menjadi porak peranda
-Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga dalam keluarga.
- Anak-anak menjadi terabai dan seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka .
1.4.3 KESAN KEPADA MASYARAKAT
-Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan samun.
-Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
- Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah
1.4.4. KESAN KEPADA NEGARA
-Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi
-Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan dan menyelenggara program-progam pencegahan.
- Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti jenayah yang berlaku .
1.5 TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH
1. Tubuh badan yang sihat yang menjadi lemah, kurus dan tidak bermakna kerana kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
2. Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana mengesyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memakai kaca mata gelap untuk melindunginya.
4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka calar, terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan )
5. Dari semasa ke semasa menggeletar seperti kesejukan yang amat sangat .
6. Suka menjauhkan diri daripada khalayak ramai dan pergi ketempat - tempat sunyi atau gelap.
7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil kerana dipengaruhi khalayan kesan dadah yang mereka ambil.
8. Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental sehingga percakapan susah difahami.
9. Selalu mengantuk, hilang pertimbangan akal dan kawalan diri
1.5.1 PIL KUDA
Pil kuda (Methamphetamine) adalah pil paling popular di Kelantan kerana ia dekat dengan Thailand . Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara. Di dalam perubatan ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif , Attention Deficit Hyperactivity Disorder ( ADHD ) , masalah tidur dan obesiti yang melampau. Walaubagaimana pun , ia sering disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan. Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat dan melampau, dimana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak dan penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yang kekal. Ini adalah kerana pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Antaranya adalah racun tikus , serbuk kaca kalimantang, pencuci lantai, bahan peluntur, ubat nyamuk dan sebagainya. Kesan pil kuda adalah seperti berikut :-
Paranoia - sentiasa buruk sangka pada orang sekeliling
-Halusinasi - lihat dan dengar sesuatu yang tidak wujud
-Delusi - kepercayaan pada sesuatu yang tidak wujud
-Meth mouth - kerosakan gigi
- Muka cengkung dan berat badan susut secara mendadak
1.5.2 KELDAI DADAH
Dalam Wikipedia, Keldai Dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau terpedaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini dikatakan boleh mengurangkan risiko pengedar atau penyeludup dadah ditangkap oleh pihak berkuasa di sesebuah negara. Kaedah penyeludupan termasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan ataupun dengan menelannya.
Merujuk kepada beberapa kes yang berlaku menunjukkan bahawa mereka yang menjadi keldai dadah ini ada yang sedar bahawa mereka adalah pembawa barangan larangan tersebut, namun banyak kes yang menglibatkan rakyat negara ini seolah-olah mereka tertipu dan tidak tahu - menahu bahawa mereka sebenarnya menjadi Keldai Dadah kepada sindiket dadah sehinggalah mereka ditangkap di pintu masuk sesebuah negara kerana didalam beg mereka terdapat sejumlah dadah.
Penyeludupan dan pengedaran dadah ini memang dirancang oleh sindiket dadah antarabangsa. Mengikut laporan , dadah ini biasanya datang dari negara-negara seperti Argentina, Sepanyol, Colombia dan beberapa negara Asia Selatan. Biasanya harga dadah dari negara tersebut lebih murah.
Kebanyakan mangsa mendakwa hanya menyedari “kerja” yang dijanjikan dengan upah lumayan itu sebenarnya membawa dadah ke beberapa negara selepas tidak berdaya untuk menolak akibat diugut bunuh, tambahan pula mereka sendirian jauh beribu-ribu kilometer di negara orang. Tidak kurang juga yang mengakui tarikan wang dan peluang melancong ke luar negara seperti Amerika Latin, Asia Barat dan Eropah menjadi “umpan” paling mudah, apatah lagi tiket penerbangan termasuk hotel ditaja sepenuhnya menyebabkan ramai tidak berfikir panjang sebelum menerimanya.
1.6 Remaja Dan Penyalahgunaan Dadah
Alam remaja kepada dewasa adalah merupakan masa yang amat penting di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dengan dadah haram akan bermula. Antara sebab-sebab mengapa anak-anak muda menggunakan dadah adalah :
1. Sesetengah mengambil dadah untuk mengelak daripada tidur supaya mereka boleh mengulangkaji untuk peperiksaan atau untuk membebaskam fikiran daripada kehidupan akedemik mereka.
2. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk menghilangkan kebosanan dalam hidup mereka.
3. Sesetengah anak muda dipengaruhi oleh dunia hiburan yang menunjukkam bahawa dadah merupakan sesuatu yang bergaya dan menarik.
4. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk memberontak
5. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang terlibat.
6. Kanak-kanak di jalanan dan kanak-kanak yang diekspolitasi secara seksual akan menggunakan dadah untuk menghadapi masalah-masalah tiada perkerjaan, penderaan seksual dan terbiar. Ada juga yang menggunakan dadah untuk membantu mereka mengurangkan kelaparan dan kesakitan fizikal.
7. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk mengubah perasaan mereka.
8. Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk kelihatan seperti orang dewasa
(Sumber rujukan: Bahagian Komunikasi,UNICEF Malaysia)
1.7 Akibat Pengambilan Dadah Sintetik
Kini tabiat pengambilan dadah sintetik semakin meningkat dalam kalangan remaja masa kini dan dikhuatiri akan menyumbang kepada peningkatan pesakit mental dalam kalangan mereka. Ini kerana individu yang mengguna dan mengalami masalah penagihan dadah sintetik seperti ecstacy , syabu dan amphetamine berisiko besar akan mengalami masalah gangguan mental sama ada untuk tempoh sementara atau kekal sepanjang hayat .
Penggunaan dadah sinetik terutama syabu berupaya menyebabkan penagihnya mengalami masalah paranoid hingga terdorong bertindak di luar kawalan termasuklah melakukan jenayah, samun, rogol, dan bunuh.
Menurut Pengerusi Pengasih Malaysia, Datuk Yunus Pathi, kesan pengambilan dadah sintetik membahayakan kerana ia merangsang fikiran separuh sedar penagih bertindak agresif sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi. Beliau berkata demikian semasa mengulas kes mengenai wanita yang ditetak dengan golok perak oleh anak lelakinya di Kampong Padang Buluh, Sungai Petani setelah pengambilan dadah dan perselisihan faham dengan ibunya.
( Sumber Rujukan : My Metro, 24 Febuari 2012 )
SEKSYEN
|
KESALAHAN / JENIS DADAH
|
HUKUMAN
|
39B
|
- Memiliki 15 gm atau lebih heroin dan/atau morfin
-Memliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
-Memiliki 40 gm kokain atau lebih
-Memiliki 200 gm atau lebih ganja
-Memiliki 2000 gm koka atau lebih
-Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine
-Type Stimulants (ATS ) contoh : syabu atau pil ecstacy ( untuk butir teperinci rujuk Sek. 37 akta dadah Berbahaya )
|
Mati Mandatori
|
39A(2)
|
-Memiliki 5-15gm heroin atau morfin
-Memiliki 250-1000gm candu
-Memeiliki 50-200gm ganja
-Memiliki 15-40gm kokain
-Memiliki 750gm daun koka
-Memiliki 30-50gm Amphetamine Type Sitmulants (ATS)
- Contoh : syabu atau pil ecstacy, untuk butir teperinci rujuk Sek. 39A(2)
|
Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan tidak kurang 10 sebatan
|
3A(1)
|
-Memiliki 2-5gm heroin atau morfin
-Memiliki 20-50gm ganja
-Memiliki 5-15gm kokain
-Memiliki 100-250gm candu
-Memiliki 250-750gm daun koka
-Memiliki 5-30gm Amphetamine Type Stimulants (ATS)
- Contoh : syabu atau pil ecstacy, untuk butir teperinci rujuk Sek.39A(1)
|
Tidak kurang 2 tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan sebatan tidak kurang 3 sebatan
|
6B
|
- Menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sebatang pokok )
|
Pejara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 sebatan
|
6
|
- Memiliki kurang daripada 5gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja
|
Denda tidak lebih RM20,000/- atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali
|
9
|
- Memiliki kurang 100gm candu masak
|
Denda tidak lebih RM20,000/- atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali
|
10
|
- Penggunaan sesuatu permis pemilikan alat perkakas menghisap dadah
|
Denda tidak lebih RM100,000/- atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali
|
12(A)
|
-Memiliki kurang 2gm heroin atau morfin
- Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek. 39(A)(1)
- Pejawat awam yang bertugas di penjara , pusat pemulihan , lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
|
Denda tidak lebih RM100,000/- atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi pegawai awam penjara , pemulihan di kenakan sebatan tidak lebih 3 sebatan sebagai tambahan
|
15(1)(a)
|
- Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan
|
Denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak kurang 2 tahun
|
15 (b)
|
- Berada didalam premis tempat hisap dadah
|
Denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak kurang 2 tahun
|
*Ringkasan seksyen-seksyen penting
1.8 METHADONE
APAKAH ITU METHADONE?
-METHADONE ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat ketagihan dadah seperti heroin dan morfin.
-ubat sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin/morfin
-berbentuk cecair dan diambil secara oral (diminum)
-keberkesanan yang berpanjangan selama 24jam
FAEDAH RAWATAN
-meningkatkan kualiti kehidupan dan perhubungan kekeluargaan
-mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lain
-hidup lebih ceria dan dapat menjalani kehidupan yang normal
-klien akan lebih produktif dan mampu bekerja seperti biasa
-mengurangkan risiko penyakit berjangkit melalui darah seperti HIV,Hepatitis B dan Hepatitis C akibat berkongsi jarum suntikan
-meningkatkan tahap kesihatan fizikal,mental dan sosial
-mengurangkan perlakuan negatif (cth: kecurian)
-mengurangkan risiko keguguran dikalangan ibu mengandung
-mengurangkan kesan gian terhadap dadah
RAWATAN INI UNTUK SIAPA?
-Penagih dadah suntikan tegar yang belum bersedia untuk berhenti
LANGKAH LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH
1)Kempen
~kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
~Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
~harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.
2)Gaya hidup yang sihat
~Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
~berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan ( elak pengambilan dadah)
~melakukan senaman ringan
~menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan
perbincangan)
~sentiasa berfikiran positif
~menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal mengikut ajaran agama masing-masing
3)Pendidikan
~Sekolah(program 5 minit antidadah)
~Skim Lencana Antidadah
~Ceramah dan Pameran antidadah
~Kaunseling kelompok dan individu
~Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
~Program Motivasi
4)Media massa
~Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelenggu oleh dadah dipaparkan di majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
~Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,
PENGASIH)
~Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan jelas
1.9 Aadk Selangor
KUALA SELANGOR
NO.15, 17 & 19, JALAN RAJA ABDULLAH, PEKAN KUALA SELANGOR, 45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR TEL : 03-32691007 |
KUALA LANGAT
T-215, JALAN TERATAI, TAMAN SERI, TELOK DATOK, 42700, BANTING, SELANGOR TEL: 03-31874745 |
SEPANG
NO4, 4A, 4B & 4C JALAN 2, MEDAN 120, BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR TEL: 03-87066368 |
SABAK BERNAM
NO.29D TINGKAT 2 & 3, JALAN MENTERI, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR TEL : 03-32241115 |
HULU LANGAT (AMPANG)
LEVEL 3, UNIT 3.06 MENARA MAXISEGAR, COMMERCIAL COMPLEX, JALAN PANDAN INDAH 4/2, 56100 PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR TEL: 03-42970063 |
GOMBAK
NO.8, TINGKAT 1-4, PLAZA UMNO, 68100 JALAN BATU CAVES, SELANGOR TEL : 03-61857651> |
HULU SELANGOR
JKR 228, JALAN SYED MANSHOR, 44000 KUALA KUBU BAHRU, SELANGOR TEL: -0360642435 |
PETALING
TINGKAT 2A, BANGUNAN PERSEKUTUAN JALAN SULTAN, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR TEL :03- 79546963 |
HULU LANGAT
TINGKAT 3, KOMPLEKS PERHENTIAN KAJANG, JALAN REKO, 43000 KAJANG, SELANGOR TEL: 03-87349185 |
KLANG
LOT 14, 2A/2 & 2A/3, LORONG GOPENG, 41400 KLANG, SELANGOR TEL : 03-33419484 |
2.0 Sajak dan Cerita Teladan Berkaitan Dadah
Tajuk: Dadah Durjana
Dadah ,
Asalnya kaulah teman kaulah kawan,
Menghilang segala duka segala lara,
Menjadi penhibur di kala duka,
Menjadi teman bersuka-suka,
Namun kau lupa wahai manusia,
Dadah itu, dadah durjana ,
Suka dan duka hanya seketika,
Khalayan hanya sementara cuma,
Dari suka mejadi derita
Dadah durjana
Kaulah racun sebenarnya
Hadirmu membawa derita
Mengundang duka serta sengsara
Wahai teman jangan kau cuba
Menjadi hamba dadah durjana
Sekali cuba selamanya sengsara
Menjadikan manusia begitu hina
Dadah duurjana pembunuh manusia
Menjadikan manusia hilang sifatnya
Wahai teman semua
Ayuhlah kita bangun bersama
Perangi dadah durjana
No comments:
Post a Comment