Thursday, June 21, 2018

Khidmat Bantu Murid Membangunkan Laluan PPDa


Khidmat bantu ahli-ahli dari Unit Bimbingan Kerjaya dan beberapa orang murid dari Tahun 6 dan PPKI membantu membangunkan laluan PPDa semasa kokurikulum.






Monday, June 4, 2018

Objektif Kajian Tindakan

KAJIAN TINDAKAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN DAN PEMBABITAN BERKAITAN ROKOK DALAM KALANGAN MURID LELAKI TAHUN 5 DAN 6 DI SEKOLAH KEBANGSAAN MERU (2), JALAN PAIP, MERU, 41050 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pembabitan berkaitan rokok dan dalam kalangan murid lelaki Tahun 5 dan Tahun 6 di SK Meru (2). Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang terdiri dari murid Tahun 5 dan Tahun 6 SK Meru (2). Seramai 148 orang murid lelaki dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini.


  OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Meru (2) dan bertujuan untuk melihat  
sejauhmana tahap pengetahuan dan pembabitan berkaitan rokok dalam kalangan murid
Tahun 5 dan Tahun 6. Murid – murid sekolah rendah mudah terjebak dalam gejala sosial
dan penuh dengan masalah kerana berada di peringkat usia remaja iaitu peringkat
berlakunya pertembungan antara biologi dan emosi.Objektif kajian yang dijalankan adalah
untuk:
    1. Meninjau sejauhmana keberkesanan laluan PPDa dapat menambah pengetahuan murid berkaitan bahaya rokok.
    2. Murid mendapat pengetahuan am berkaitan rokok
    3. Murid menjauhi pengaruh rokok

Lawatan Penanda Aras SK Sementa

Tarikh: 27 Februari 2019 Hari: Rabu Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari Pelawat: Guru Besar dan 12 orang guru SK Sementa  Sesi b...