KAJIAN TINDAKAN MENGENAI TAHAP
PENGETAHUAN DAN PEMBABITAN BERKAITAN ROKOK DALAM KALANGAN MURID LELAKI TAHUN 5
DAN 6 DI SEKOLAH KEBANGSAAN MERU (2), JALAN PAIP, MERU, 41050 KLANG, SELANGOR
DARUL EHSAN
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
tahap pengetahuan dan pembabitan berkaitan rokok dan dalam kalangan murid
lelaki Tahun 5 dan Tahun 6 di SK Meru (2). Instrumen kajian yang digunakan
adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang
terdiri dari murid Tahun 5 dan Tahun 6 SK Meru (2). Seramai 148 orang murid
lelaki dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Meru (2) dan
bertujuan untuk melihat
sejauhmana tahap pengetahuan dan pembabitan berkaitan
rokok dalam kalangan murid
Tahun 5 dan Tahun 6. Murid – murid sekolah rendah
mudah terjebak dalam gejala sosial
dan penuh dengan masalah kerana berada di
peringkat usia remaja iaitu peringkat
berlakunya pertembungan antara biologi
dan emosi.Objektif kajian yang dijalankan adalah
untuk:
- Meninjau sejauhmana keberkesanan laluan PPDa dapat menambah pengetahuan murid berkaitan bahaya rokok.
- Murid mendapat pengetahuan am berkaitan rokok
- Murid menjauhi pengaruh rokok
No comments:
Post a Comment